Sewa Khemah Dengan Harga Terbaik di AF Kanopi

Anda nak sewa khemah tapi tak tahu nak pilih syarikat khemah kahwin yang berkenan di hati?

Banyak pilihan yang ada di Internet. Hanya taip sahaja di Google dan anda boleh dapat beribu-ribu carian untuk sewa khemah.

AF Kanopi ada banyak pilihan khemah untuk majlis perkahwinan anda.

Harganya cukup berpatutan. Berikut adalah beberapa kategori khemah dan pakej khemah yang disediakan oleh AF Kanopi.

khemah muraH

Khemah Kahwin oleh AF Kanopi

Ditubuhkan pada tahun 2005, AF Kanopi ternyata mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan acara dan perkhidmatan sewa khemah untuk sebarang majlis.

Selama lebih 14 tahun pengalaman dalam industri ini, AF Kanopi telah mengendalikan lebih 2,000 acara dan majlis selain sering menjadi pilihan orang kenamaan dan selebriti.

Hari ini, khidmat sewa khemah AF Kanopi tidak hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya.

Syarikat ini mula mendapat tempat di Negeri Sembilan dengan menguruskan pelbagai majlis yang diminta oleh klien.

Malah dengan sambutan menggalakkan, AF Kanopi bakal membuka cawangan baru di Johor Bahru mulai tahun hadapan.

Khidmat sewa khemah AF Kanopi sering menjadi sebutan ramai kerana pakej yang ditawarkan amat mampu milik dan berbaloi.

Pihak pengurusan AF Kanopi amat menitikberatkan kemahuan klien.

Oleh kerana itu, sesi rundingan sering dijalankan terlebih dahulu untuk memberi gambaran jelas terhadap perjalanan sesebuah majlis yang dirancang.

khemah kanopi

Jenis Khemah Yang Ditawarkan

AF Kanopi mempunyai pelbagai pilihan khemah mengikut trend semasa masyarakat hari ini.

Menurut pemilik AF Kanopi, Kamal Sulor, pakej khemah jenis Platinum sering mendapat tempahan tertinggi di kalangan kliennya.

khemah platinum

Ia berikutan keunikan rekaan khemah itu dengan sentuhan gaya English, disertai dengan kelengkapan kerusi jenis chiavari dan lampu chandeliar.

Khemah jenis ini sering digunakan klien AF Kanopi bagi mengadakan majlis namun mempunyai ruangan yang terhad, terutama di kawasan perumahan.

Namun pemasangan khemah juga perlu mengikut peraturan, jika tersalah, denda bakal menanti anda.

Selain itu, terdapat beberapa lagi jenis khemah yang ditawarkan AF Kanopi.

Khemah Arabian mempunyai pelbagai pilihan warna kanvas dan ia diimport khas dari Korea.

Ia juga boleh ditukar kepada khemah berbentuk piramid dengan menukar kanvas dan sudut besi.

khemah ytransparent

Sekiranya anda ingin mengadakan acara atau majlis di waktu malam, khemah jenis transparent amat bersesuaian dengan tema.

Pencahayaan merupakan aspek yang penting dalam penggunaan khemah transparent untuk membangkitkan suasana mewah pada sesebuah majlis itu.

Untuk majlis yang lebih santai, ramai di kalangan klien AF Kanopi memilih khemah jenis patio kerana saiznya yang sedikit kecil.

Bagi menempatkan tetamu dalam jumlah yang besar, terutama bagi majlis perkahwinan, AF Kanopi menawarkan sewa khemah jenis Marquee Tent.

Harga Sewa Khemah dan Pakej Khemah

Berbeza dengan khidmat sewa khemah yang lain, AF Kanopi pastinya menawarkan pakej menarik dan mampu milik.

Pakej sewa khemah syarikat ini bermula dari harga RM350 sehingga RM2,800 bagi setiap satu khemah mengikut jenis.

pakej khemah arabian

Ia terpulang kepada bajet klien dan juga jumlah jemputan untuk sesebuah majlis.

Untuk jumlah 500 tetamu, AF Kanopi menawarkan pakej yang bermula dengan harga RM3,000 sehingga RM8,000 beserta dengan kelengkapan khemah, meja, kerusi, alas, meja buffet, set beradab dan aksesori lain.

Jika jumlah tetamu melebihi 1,000 orang, AF Kanopi menawarkan pakej yang bermula dengan harga RM4,000 sehingga RM9,000 beserta dengan kelengkapan khemah, meja, kerusi, alas, meja buffet, set beadab dan aksesori lain.

Sewa Catering

sewa catering

AF Kanopi juga turut menawarkan pakej sewa khemah bersama sewa catering.

Harga bermula dengan RM19.90 sehingga RM34.90 untuk setiap satu kepala.

Dengan objektif syarikat ‘Majlis Anda, Keutamaan Kami’, semestinya perkhidmatan dari AFK Event membuatkan anda benar-benar berpuas hati.

Rata-rata pelanggan pasti gembira dengan khidmat sewa khemah murah dan kelancaran sepanjang berlangsungnya majlis atau acara.

Bukan sahaja terhad kepada majlis perkahwinan, anda boleh mendapatkan khidmat sewa khemah AF Kanopi untuk pelbagai majlis seperti konvokesyen, korporat dan festival.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan sewa kanopi, anda boleh Whatsapp di talian 019-3440144 atau 017-2125813.

Anda juga boleh datang terus ke ibu pejabat AFK Event yang terletak di No. 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40150, Shah Alam, Selangor.

By | 2019-09-17T11:04:32+08:00 September 17th, 2019|Khemah|
WhatsApp chat