Rukun Nikah Yang Wajib Diketahui Oleh Bakal Pengantin (Penting)

Adalah menjadi kewajiban bagi bakal pengantin mengetahui 5 rukun nikah supaya pernikahan mereka adalah sah.

rukun nikah

Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada mereka yang mampu untuk melaksanakannya. Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah.

Perkahwinan bukan semata-mata untuk menyatukan dua jiwa. Ia lebih kepada ibadah dan pelaksanaan tanggungjawab dari pihak suami dan isteri.

Budaya perkahwinan Melayu sering berubah mengikut zaman. Jika dahulu majlis kahwin diadakan di rumah secara kecil-kecilan dan dipenuhi dengan adat-adat tertentu, tetapi kini tidak lagi.

Perubahan demi perubahan di dalam adat Melayu tidak sesekali mengubah ketetapan di dalam agama Islam.

Setiap pasangan yang hendak berkahwin perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya.

rukun nikah

Di antara perkara wajib diketahui oleh bakal pengantin adalah rukun dan syarat nikah. Ianya menentukan samada sahnya sebuah ikatan perkahwinan.

Anda perlu tahu sekiranya ada di antara rukun dan syarat nikah yang gagal dituruti, maka sesuatu pernikahan itu akan menjadi tidak sah.

Malah perkara ini juga penting untuk bakal pengantin lelaki ketahui. Soalan-soalan berkaitan inilah yang akan menjadi pertanyaan daripada jurunikah sebelum akad nikah dilakukan.

Rukun Nikah

  1. Pengantin lelaki (calon suami)
  2. Pengantin perempuan (calon isteri)
  3. Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Ijab dan qabul (akad nikah)

Syarat-syarat untuk Sah Nikah

  1. Syarat untuk bakal suami
  • Beragama Islam
  • Bukan mahram dengan bakal isteri
  • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Lelaki yang tertentu
  • Berkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)
  • Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
  • Mengetahui bahawa bakal isterinya boleh dan sah untuk dinikahi
  • Tidak mempunyai empat isteri yang sah dalam satu masa

2. Syarat untuk bakal isteri

  • Beragama Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Bukan mahram dengan bakal suami
  • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Perempuan yang tertentu
  • Berkahwin dengan kerelaan sendiri (perkahwinan tidak sah jika ia dipaksa)
  • Bukan dalam keadaan idah
  • Status jelas bukan isteri orang atau masih bersuami

3. Syarat Wali

  • Seorang yang adil
  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Lelaki
  • Merdeka
  • Tidak kafir, murtad atau fasik
  • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Seorang yang waras – yakni tidak cacat akal fikiran atau gila
  • Ikhlas menjadi saksi dengan kerelaan sendiri dan bukan dipaksa
  • Seorang yang bebas muflis atau tidak ditahan kuasa atas hartanya.

Seseorang wanita sentiasa memiliki seorang wali yang memiliki hak sepenuhnya untuk menikahkan pengantin perempuan.

Tertib wali yang utama adalah bapa kepada pengantin perempuan.

Jika bapa tidak ada kerana meninggal dunia, hak wali akan berpindah kepada datuk pengantin perempuan.

Jika datuk juga tidak ada maka ia berpindah kepada saudara lelaki yang seibu sebapa dengan pengantin perempuan.

Jika pengantin perempuan itu langsung tidak mempunyai wali, maka kuasa menikahkannya akan berpindah kepada wali hakim.

Adalah dinasihatkan supaya bakal isteri mengetahui syarat wajib menjadi wali.

Jika syarat-syarat disebutkan di atas tidak dipenuhi, dikhuatiri status perkahwinan itu menjadi tidak sah.

4. Syarat Saksi

  • Beragama Islam
  • Lelaki
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Sekurang-kurangnya dua orang
  • Tahu dan faham kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Tidak buta, bisu atau pekak
  • Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan disa-dosa kecil)
  • Bukan tertentu yang menjadi wali

5. Syarat Ijab dan Qabul

  • Syarat Ijab
  • Pernikahan dengan menggunakan perkataan nikah atau perkataan yang mempunyai maksud yang sama secara tepat dan jelas.
  • Tiada tempoh tertentu untuk diikat (contoh nikah kontrak/mutaah)
  • Tidak secara taklik
  • Tidak dibenarkan menggunakan kiasan atau sindiran
  • Nikah dilafazkan oleh wali atau wakilnya

Contoh lafaz ijab :

“Daku nikahkah dikau dengan (nama penuh pengantin perempuan dengan nama bapa) dengan mas kahwin sebanyak RM (jumlah) tunai.”

  • Syarat Qabul
  • Lafaz terima mestilah sesuai dengan lafaz ijab
  • Lafaz perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas.
  • Dilafazkan sendiri oleh pengantin lelaki atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak secara taklik
  • Menyebut nama penuh bakal isteri
  • Tidak diselang dengan perkatan lain

Demikianlah 5 rukun dan syarat pernikahan dalam Islam.

Begitu cantik, tersusun dan mudah prosesnya. Inilah sebenarnya urusan pernikahan yang mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Sekiranya anda sedang mencari-cari pakej kanopi atau khemah kahwin dengan harga berpatutan dan mampu milik, dapatkannya daripada syarikat AF Kanopi.

Terdapat pakej kanopi menarik dengan pelbagai rekaan terkini di AFK Event.

Dengan pengalaman 10 tahun di dalam pengurusan majlis, AFK Event merupakan pilihan tepat dalam memenuhi citarasa anda di hari bersejarah kelak.

Jika berminat, anda boleh hadir ke sesi rundingan yang diadakan secara percuma. Ada lakaran 3D tentang perjalanan majlis anda juga disediakan.

Sebarang pertanyaan mengenai majlis kahwin, boleh hubungi AFK Event di talian 019-344 0144 / 017-2125813.

Anda juga boleh datang ke pejabat AFK Event di No. 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40151 Shah Alam, Selangor.l

Layati laman web kami sekarang untuk maklumat lanjut.

By | 2019-09-09T19:22:55+08:00 May 16th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat