Persediaan Sebelum Kahwin Bagi Perempuan

Bakal pengantin: Adakah anda sudah ada persediaan sebelum kahwin bagi perempuan?

Berikut adalah beberapa checklist persediaan sebelum kahwin bagi perempuan. Pastikan ada semuanya ya! 🙂

Pentingnya Persediaan Sebelum Kahwin

Bagi mereka yang bakal bergelar raja sehari tak lama lagi, pasti kencang degup jantung, seram sejuk dibuatnya ketika membaca artikel ini, kan?

Setiap orang mahu perkahwinan yang dibina bersama insan tersayang kekal selama-lamanya.

Maka persediaan sebelum perkahwinan merupakan perkara penting yang memerlukan perancangan rapi.

Walaupun tidak 100% sempurna, sekurang-kurangnya kita yakin apa yang diusahakan itu adalah terbaik.

Banyak yang anda perlu lakukan:

Urusan memilih tarikh akad nikah dan sanding, menghadiri kursus kahwin, mengisi borang dan dokumen nikah, ujian kesihatan dan menempah dewan dan catering biasanya dilakukan bersama bakal pasangan dan ahli keluarga.

Kali ini kami akan mengkhususkan persediaan sebelum kahwin bagi perempuan yang anda mungkin terlepas pandang.

Checklist Kahwin Pengantin Perempuan

9 bulan sebelum majlis

Pastikan anda telah muktamadkan apakah jenis barangan hantaran bagi diri anda. Nak lebih senang dan jimat masa, anda beli sendiri barangan tersebut.

Di samping itu fikirkan juga tema bersesuian untuk hantaran anda.

Apakah anda inginkan tema Melayu tradisional, English-style atau moden.

Sambil-sambil tu survey juga doorgift dan tema pelamin majlis akad nikah dan sanding anda nanti. Jika ada wedding planner, bincang dengan mereka bagaimana untuk realisasikannya.

Namun tiada masalah pun kalau tiada wedding planner. Banyakkan google trend majlis kahwin terkini supaya majlis anda tidak nampak ketinggalan.

Kalau pasal honeymoon, rasanya banyak keputusan dibuat oleh pihak perempuan.

Tak salah kalau anda intai-intai mana lokasi menarik untuk anda dan bakal suami bercuti nanti. Kalau ada promosi tiket penerbangan, boleh terus booking.

Perempuan juga sinonim dengan diet, kan? Dalam tempoh sembilan bulan ni, jaga pemakanan anda, amalkan senaman atau boleh juga daftar jadi ahli gym.

Persediaan sebelum kahwin bagi perempuan yang paling penting dalam tempoh ini juga adalah perihal baju untuk majlis akad nikah dan sanding. Time nilah yang anda boleh buat baju idaman anda.

Maka, survey butik pengantin yang sesuai dengan bajet anda, set temujanji dan maklumkan idea baju pengantin anda kepada mereka.

6 bulan sebelum majlis kahwin

Persedian sebelum kahwin bagi perempuan dalam tempoh ini merangkumi penjagaan wajah dan badan.

Kalau sebelum ini anda jenis tepek bedak nipis-nipis sahaja, kini anda digalakkan menggunakan foundation, concealer dan asas make up yang lain.

Ini bertujuan membiasakan wajah anda dengan kelengkapan di atas supaya sentuhan make up pada majlis nanti akan blend well.

Kalau tak biasa pakai asas make up, risau juga dibuatnya kesan dari solekan nanti tak kekal lama.

Dalam tempoh ini juga, bakal pengantin perempuan dah boleh lock deal dengan make up artist untuk majlis akad nikah dan sanding.

Boleh beritahu mereka stail solekan apa yang anda gemar dan MUA akan sesuaikan dengan wajah anda nanti.

Perlu ingat, dalam tempoh enam bulan ini juga, anda tidak digalakkan tukar skincare.

Setiap skincare mempunyai reaksi berbeza. Dibuatnya produk yang baru tak sesuai, naik jerawat dan berparut, buat naya je!

Begitu juga teruskan rutin senaman dan pemakanan sihat dalam diet seharian anda.

Amalkan makan buah-buahan sebagai snek jika rasa lapar. Ini juga akan mencantikkan dalaman anda.

3 bulan sebelum majlis kahwin

Sekejap sangat waktu berjalan, tinggal lagi tiga bulan nak kahwin! Ada yang gementar dan stress sampai naik jerawat-jerawat kecil di muka. Oh no!

Kalau ada bajet lebih, bolehlah buat facial treatment di spa.

Ada spa menawarkan pakej menarik kepada bakal pengantin. Kalau nak lagi syok, boleh juga lakukan body massage.

Anda pun boleh buat facial treatment sendiri di rumah.

Cari produk di butik kecantikan, atau google sahaja cara buat skrub dan masker menggunakan bahan-bahan semulajadi. Lebih jimat, lebih puas hati.

Elakkan aktiviti di waktu panas sebagai persediaan sebelum kahwin bagi perempuan. Selain untuk menjaga kulit, ini juga penting untuk kesihatan anda.

Sebulan sebelum majlis kahwin

Ada yang dah tak lena tidur malam memikirkan persiapan majlis yang masih belum selesai.

Relaks ya. Kalau rasa stress, amalkan rendam kaki anda dengan air suam sambal minum teh atau kopi panas. Lagi best kalau ada essential oil, confirm anda akan rasa lebih tenang.

Jadikan ia sebagai rutin sebelum tidur malam. Badan anda akan berasa lebih ringan dan segar, malah akan membuatkan rasa lebih tenang.

Selain itu, luangkan lebih masa bersama keluarga, terutama ibu dan bapa.

Bawalah mereka menikmati makan malam atau tengok wayang. Biasalah anak perempuan, perasaan berat hati nak lepaskan anak kepada orang baru tak boleh dinafikan.

Seminggu sebelum majlis kahwin

Hah, bilangan hari dah boleh dikira dengan jari, rasa tak cukup jam nak selesaikan persiapan, makan tak lalu, mandi tak basah, tidur makan tak lena.

Persediaan sebelum kahwin bagi perempuan dalam tempoh terakhir ini lebih banyak kepada memanjakan diri. Anda akan buat lulur, sauna, manicure dan pedicure, mandi bunga dan urutan badan.

Yang penting, jaga makan dan cukup rehat. Yakin dengan usaha persiapan anda, selebihnya berdoa dan tawakal kepada Allah SWT supaya apa yang dirancang berjalan dengan lancar tanpa halangan.

Mana-mana majlis perkahwinan pasti memerlukan khidmat sewa khemah kanopi, sama ada mengadakannya di kawasan rumah yang terhad ruangannya atau menyewa dewan.

pakej khemah arabian

Sekiranya anda masih mencari khidmat sewa khemah kanopi, anda boleh mendapatkannya dengan pakej mampu milik di AFK Event.

Syarikat penyediaan khidmat ini ditubuhkan pada 7 Julai 2005, maka dengan pengalaman selama 14 tahun, AFK Event adalah pakar dalam pengurusan acara.

Bakal raja sehari boleh bertemu dengan pihak AFK Event menerusi sesi konsultasi bagi berbincang keperluan untuk majlis, selain turut mendapat lakaran awal (3D) untuk event anda.

Pakej yang ditawarkan AFK Event amat berbaloi, bermula dari harga RM350 sehingga RM2,800 setiap satu.

Atas sebab keterbukaannya kepada konsep pelanggan selain berpengalaman mengendalikan lebih 2,000 acara, AFK Event sering menjadi pilihan orang-orang kenamaan dan selebriti popular.

Ada beberapa jenis khemah kanopi yang boleh anda pilih, antaranya :

Khemah Arabian

Khemah Transparent

Khemah Pyramid

Bukan sahaja khidmat sewa khemah kanopi, AFK Event juga mempunyai perkhidmatan katering, pakej dewan dan sewa barangan keperluan majlis.

Sebarang pertanyaan mengenai pakej sewa khemah kanopi, anda boleh berhubung dengan pegawai mereka di sini, atau berkunjung ke pejabat mereka di :

No 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40151, Shah Alam, Selangor.

By | 2019-09-08T07:31:39+08:00 August 30th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat