Kursus Kahwin : Apa Yang Bakal Pengantin Patut Tahu

Kursus kahwin adalah penting sebagai bekalan ilmu bagi setiap pasangan yang mahu berumah tangga.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Jika tiada ilmu dan persediaan, mahligai yang dibina mungkin berdepan pelbagai cabaran. Sebab itulah pentingnya kursus kahwin untuk melengkapkan setiap pasangan dengan ilmu dan pengetahuan tentang menjadi suami dan isteri.

Perlu diketahui bahawa perkahwinan bukan kerana perasaan terhadap pasangan semata-mata. Banyak perkara dan tanggungjawab yang perlu kita pikul selepas bergelar suami isteri.

Sebenarnya, kursus kahwin telah diwajibkan sejak tahun 1990-an. Ia adalah usaha untuk mendedahkan bakal pengantin dengan realiti sebenar sebuah perkahwinan.

Modulnya menyentuh tentang soal hubungan pasangan dan keluarga, prosedur perkahwinan, hukum-hakam dan kisah sebenar rumah tangga. 

kursus kahwin

Setiap Jabatan Agama Negeri bertanggungjawab menganjurkan kursus perkahwinan. Ada juga syarikat-syarikat swasta yang membantu jabatan agama untuk menganjurkan kursus.

Mereka perlu mendapatkan kelulusan dan permit serta patuh kepada peraturan yang ditetapkan.

Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu. Ia diadakan selama dua hari dan sijil hanya akan diberi pada hari kedua selepas tamat kursus.

Pastikan sijil kursus kahwin disimpan kerana ia akan digunakan untuk memohon surat kebenaran kahwin nanti.

Adakah ada bakal berkahwin? Jom semak tujuh perkara penting berkaitan kursus perkahwinan yang perlu anda ambil tahu!

1. Jenis kursus kahwin

 Ada dua jenis penganjurannya :

  • Hujung minggu (Sabtu dan Ahad)

          Rata-rata kursus kahwin diadakan pada hujung minggu mengambil kira waktu lapang setiap peserta.

  • Hari bekerja (Rabu dan Khamis)

         

Namun ada juga kursus diadakan selama dua hari pada hari bekerja.

Ia khas buat bakal pengantin yang mengalami kekangan masa dan waktu bekerja. Jumlah pusat yang menganjurkan kursus di hari Rabu dan Khamis juga amat terhad.

2. Waktu berkursus

Umum mengetahui kursus kahwin diadakan selama dua hari dan bermula pada awal pagi.

Pastikan anda tidak terlewat untuk sampai ke dewan kursus.

Ada kes di mana penceramah tidak membenarkan peserta untuk menyertai modul kerana terlewat. Penceramah meminta peserta mengulangi modul tersebut pada minggu berikutnya.

Pastikan anda bijak mengurus masa!

Di bawah adalah waktu kursus perkahwinan yang biasa dijalankan:

Sabtu/Rabu

8.00 pagi – Isi borang pendaftaran, ambil fail dan modul kursus, sarapan

9.00 pagi – Kursus bermula

1.15 tengah hari – Rehat dan solat

2.15 petang – Kursus bersambung

6.30 petang – Tamat

Ahad/Khamis

8.45 pagi – Pendaftaran, sarapan

9.00 pagi – Kursus bermula

1.15 tengah hari – Rehat dan solat

6.00 petang – Tamat

3. Pastikan pusat kursus mempunyai permit penganjuran sah daripada Jabatan Agama Negeri

Sekiranya mana-mana pusat kursus perkahwinan yang gagal menyediakan permit penganjuran yang sah, maka ia menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Negeri.

Untuk mengelakkan anda ditipu, pastikan anda tahu dengan jelas nama syarikat penganjur kursus kahwin.

Jika was-was, hubungi terus Jabatan Agama Negeri di bahagian perkahwinan untuk mengetahui status penganjur kursus berkenaan.

kursus kahwin

4. Wajib hadir dua hari, wajib ikuti semua modul

Setiap bakal pengantin perlu mengikuti kesemua modul kursus perkahwinan. Mereka juga perlu menandatangani kehadiran apabila tamat setiap modul.

Di bawah adalah senarai modul kursus perkahwinan di bawah tanggungjawab Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

  • Akidah dan Ibadah
  • Akhlak Hubungan Dalam keluarga
  • Pengurusan Kesihatan Keluarga
  • Perkahwinan dan Prosedur
  • Pengurusan Tekanan dan Konflik
  • Komunikasi Suami Isteri dan Pengurusan Kewangan dan Masa
  • Perkhidmatan Runding Cara dan Pembubaran Perkahwinan.
*Setiap negeri yang menganjurkan kursus kahwin mungkin mempunyai sedikit perbezaan modul.

5. Berpakaian sopan

Secara umumnya, setiap peserta kursus kahwin perlu memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.

Peserta wanita digalakkan untuk memakai tudung ketika menghadiri dua hari kursus.

6. Sijil tamat kursus kahwin diberi pada hari terakhir

Kerana itulah kehadiran peserta di setiap modul kursus amat penting kerana sijil hanya akan diberi pada hari terakhir kursus iaitu selepas tamat kesemua modul.

kursus kahwin

Apa perlu saya lakukan jika sijil kursus kahwin hilang?

Ada di antara kita sering mengambil sikap endah tak endah dengan perkara ini. Mereka tidak menyimpan dokumen kursus kahwin dengan sebaik-baiknya.

Adalah dinasihatkan untuk anda menyimpan resit pembayaran kursus dan nombor pejabat pusat kursus. Sekiranya sijil kursus anda hilang, anda boleh boleh menyemak fail berdasarkan maklumat pendaftaran.

Sekiranya anda bakal menjadi raja sehari dan masih mencari khidmat kanopi untuk hari bahagia anda, AFK Event menawarkan pelbagai pakej terbaik mengikut bajet anda!

AFK Event – ‘Pakar Pengurusan Acara’ mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam menguruskan pelbagai majlis.

kursus kahwin

AFK Event memenuhi citarasa pelanggan mengikut kesesuaian majlis.

Jika berminat anda, sila hadiri sesi rundingan yang diadakan secara percuma. Terdapat lakaran 3D tentang perjalanan majlis anda juga disediakan.

Sebarang pertanyaan mengenai majlis perkahwinan, anda boleh hubungi AFK Event di talian 019-344 0144 / 017-2125813.

Terus datang ke pejabat AFK Event di No. 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40151 Shah Alam, Selangor.

By | 2019-07-12T02:25:20+08:00 May 15th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat