5 Cara Terbaik Memilih Khemah Kanopi Untuk Majlis Kahwin

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang khemah kanopi.

Sekiranya anda mahu mengetahui kepentingan khemah kanopi untuk majlis perkahwinan anda, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca.

Kenapa perlu ada khemah ini?

Sebagai persediaan untuk mengadakan majlis perkahwinan, pertunangan, rumah terbuka dan jamuan makan.

Bagi mereka yang telah berkahwin, pasti tahu dengan proses dan perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum berlangsungnya hari bahagia.

Perkahwinan hanya sekali, maka segala perancangan perlu diatur sebaiknya agar majlis berjalan dengan sempurna.

Pasangan yang bakal berkahwin akan menyediakan checklist berkaitan dengan perancangan, persiapan dan aturcara majlis perkahwinan.

Jika ada duit lebih, bakal pengantin boleh melantik perancang perkahwinan.

Kesemuanya akan diuruskan oleh pihak tersebut.

Namun bagi pasangan yang tidak berkemampuan, anda perlu menguruskan persiapan dengan terperinci.

Memilih khemah juga antara salah satu perkara terpenting.

Ada banyak pilihan seperti khemah Arabian, A-Shape dan Pyramid.

Ada beberapa kriteria perlu diambil tahu dalam menentukan jenis khemah untuk majlis perkahwinan.

Kami kongsikan 5 kriteria penting dalam pemilihan khemah.

jenis khemah

1. Jenis Khemah

Ramai pengusaha khemah menawarkan pelbagai jenis khemah mengikut tema dan kesesuaian majlis perkahwinan.

Antara yang sering menjadi pilihan bakal pengantin:

  • khemah kanopi
  • khemah pyramid
  • A-Shape
  • Marquee Tent dan
  • khemah Arabian.

Pemilihan sesuatu khemah bergantung kepada bajet bakal pengantin dan jumlah tetamu yang dijemput.

2. Ukuran Saiz Khemah

Di bawah adalah saiz khemah yang menjadi pilihan:

10 kaki x 10 kaki

10 kaki x 18 kaki

10 kaki x 20 kaki

18 kaki x 18 kaki

20 kaki x 20 kaki

3. Kelengkapan Khemah

Khemah kanopi biasanya didatangkan dengan pakej yang dilengkapi dengan aksesori dan keperluan untuk pengantin dan tetamu sepanjang majlis.

Untuk khemah pengantin, kelengkapan tersebut termasuklah:

meja dan kerusi untuk sesi makan beradab,

lampu chandelier atau LED fairy light,

air cooler,

bunga hiasan,

sarung meja dan kerusi

serta scallop.

Pakej khemah bagi tetamu pula adalah:

meja dan kerusi,

kipas air,

kipas syiling dan

hiasan meja.

4. Jumlah Khemah

Bakal pengantin pasti pening untuk menentukan jumlah khemah untuk kegunaan majlis, kan?

Ini formula mudah untuk menentukannya:

Jumlah jemputan yang dijangkakan
______________________________________ = Jumlah khemah
4 jam

Jumlah yang diperolehi akan dibahagi dengan 40, yang mana seunit khemah kebiasaannya boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa.

Jumlah terakhir yang diperolehi itu merupakan anggaran minimum unit khemah yang diperlukan untuk memuatkan jemputan.

Bakal pengantin juga dinasihatkan untuk menambah dua lagi khemah kanopi untuk meletakkan makanan buffet dan meja hadiah.

khemah kanopi

Sekiranya anda sedang mencari khemah kanopi dengan pakej mampu milik, dapatkannya di AFK Event.

Syarikat ini berpengalaman selama 14 tahun dalam pengurusan acara dan menyediakan perkhidmatan khemah untuk majlis.

Bakal raja sehari boleh bertemu dengan mereka untuk sesi konsultasi.

Anda akan mendapat lakaran awal (3D) untuk memudahkan anda mendapat gambaran awal perancangan event anda.

Pakej yang ditawarkan AFK Event amat berbaloi. Pakej khemah kanopi bermula dari harga RM350 sehingga RM2,800 setiap satu.

Klik sini untuk mendapatkan sebut harga khemah AFK Event.

khemah kanopi

AFK Event sering menjadi pilihan orang-orang kenamaan dan selebriti popular untuk melaksanakan pelbagai acara.

Dengan pengalaman mengendalikan lebih 2,000 acara, syarikat pengendali acara ini juga terbuka dengan konsep yang dimahukan pelanggan.

Selain khidmat sewa khemah kanopi, AFK Event juga mempunyai perkhidmatan katering, pakej dewan dan sewa barangan.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan sewa kanopi, anda boleh Whatsapp di talian 019-3440144 atau 017-2125813.

Datang terus ke ibu pejabat AFK Event yang terletak di No. 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40150, Shah Alam, Selangor.

Klik sini untuk mendapatkan sebut harga khemah AFK Event.

By | 2019-09-08T07:35:11+08:00 July 19th, 2019|Khemah|
WhatsApp chat