5 Sebab Kenapa Orang Kata Khemah Arabian Ni Wow

Majlis perkahwinan lagi meriah sekiranya ada khemah Arabian.

Sekiranya anda nak tahu kelebihan khemah arabian ini, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.

Kelebihan Sewa Khemah

Banyak perkara yang perlu diambilkira untuk berkahwin.

Memilih khemah juga antara salah satu perkara terpenting.

Banyak pilihan khemah seperti khemah Arabian, A-Shape dan Pyramid.

Ada beberapa kriteria perlu diambil tahu dalam menentukan jenis khemah.

Kami kongsikan 5 sebab kenapa khemah arabian boleh menceriakan majlis perkahwinan anda.

1. Jenis Khemah

Ramai pengusaha khemah menawarkan pelbagai jenis khemah mengikut tema dan kesesuaian sesebuah majlis perkahwinan.

Khemah Arabian sering menjadi pilihan kerana rekaannya sedikit berlainan dari khemah biasa.

Ia juga turut mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Namun pemilihan sesuatu khemah juga bergantung kepada bajet pasangan pengantin.

2. Saiz Arabian Kanopi dan Khemah

Di bawah kami senaraikan saiz khemah yang biasa menjadi pilihan:

  • 10 kaki x 10 kaki
  • 10 kaki x 18 kaki
  • 10 kaki x 20 kaki
  • 18 kaki x 18 kaki
  • 20 kaki x 20 kaki

3. Kelengkapan Khemah

Pakej khemah yang ditawarkan dilengkapi dengan aksesori yang diperlukan sepanjang majlis berlangsung.

Meja : meja makan beradab, meja buffet, meja untuk hadiah dan meja meletak goodies

Kerusi : Kerusi pengantin, kerusi Chiavari, kerusi banquet dan kerusi plastik

Lampu : Chandelier, LED Fairy Light, LED par can dan lampu putih (kalimantang biasa)

Kipas : Air cooler, kipas air, kipas industri dan kipas syiling

Bunga hiasan : meja makan beradab, meja makan dan pintu gerbang

Kain : Alas meja makan beradab, underlayer, sarung kerusi, scallop, alas meja dan riben.

4. Jumlah Khemah

Untuk mengira unit khemah diperlukan untuk sesuatu majlis, formula ini digunakan.

Kira jumlah jemputan yang dijangkakan dan dibahagi dengan 4 jam sepanjang majlis berlangsung.

Jumlah yang diperolehi akan dibahagi dengan 40.

Ia menghasilkan seunit khemah boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa).

Jumlah terakhir yang diperolehi itu merupakan anggaran minimum unit khemah yang diperlukan untuk memuatkan jemputan.

Untuk menempatkan pengantin dan makanan buffet, pasangan raja sehari dinasihatkan untuk mengambil dua lagi khemah tambahan.

Tambah khemah untuk menempatkan bahagian memasak (sekiranya tidak mengambil catering) dan urusan lain sepanjang majlis.

Khemah Arabian adalah pilihan terbaik untuk menempatkan jemputan atau pelamin pengantin itu sendiri.

Rekaannya yang segar dan sedikit berlainan dengan khemah biasa mampu memukau pandangan jemputan.

Ini ditambah lagi dengan warna tema majlis dan aksesori khemah.

5. Khemah Arabian Untuk Disewa

Khemah Arabian secara amnya didatangkan dengan rangka frame yang kukuh dan tidak mudah berkarat.

Ia menggunakan kanvas yang diimport dari Korea.

Mempunyai ciri tahan lasak samada dari cuaca, persekitaraan dan penggunaannya.

Sekiranya anda sedang mencari pakej khemah Arabian, AF Kanopi adalah jawapannya!

Majlis perkahwinan tidak semestinya berlangsung di siang hari.

Kini ramai memilih mengadakan majlis pada waktu malam.

Mungkin kerana cuaca yang lebih sejuk dan tidak memakan masa yang lama.

khemah arabian

AFK Kanopi turut mempunyai pilihan khemah Arabian lutsinar yang sesuai untuk majlis pada waktu malam.

Tetamu akan berasa selesa dan dapat menikmati keindahan sinaran bintang dan bulan ketika menjamu hidangan.

khemah arabian 20 x 20

Khemah-khemah ini juga dihias dengan fairy-light yang akan menyerlahkan lagi suasana majlis di waktu malam.

Dengan pakej menarik bermula dari RM850 sehingga RM1,200, AFK Kanopi menawarkan tiga pilihan khemah lutsinar:

  1. Khemah lutsinar Diamond
  2. Khemah lutsinar Platinum
  3. Khemah lutsinar Super Supreme

pakej khemah arabian
pakej khemah arabian

Apa yang membezakan tiga pakej khemah Arabian ini adalah penggunaan kerusi.

Ada plastik bersama sarung dan riben, atau kerusi banquet bersama sarung dan riben atau kerusi Chiavari.

Sesi rundingan bersama AFK Event adalah percuma.

Pereka AFK Event memberikan lakaran 3 D untuk memberikan gambaran awal majlis anda

Dengan visi, ‘Majlis Anda Keutamaan Kami’, syarikat perancangan majlis ini adalah pilihan terbaik anda.

pakej khemah arabian

Dapatkan sebut harga khemah Arabian anda sekarang

By | 2019-09-08T07:46:43+08:00 June 21st, 2019|Khemah|
WhatsApp chat