Kanopi Untuk Majlis Keramaian (Ada Di Sini)

Kanopi memainkan peranan penting sebagai persediaan untuk mengadakan sesuatu majlis, sama ada majlis perkahwinan, pertunangan, rumah terbuka dan jamuan makan.

Ia membantu para tetamu untuk berteduh dari panas matahari dan hujan, malah kanopi menyediakan suasana selesa untuk menikmati juadah.

Namun dalam masa yang sama, dalam mengurus dan menjayakan sesuatu majlis, adalah penting untuk anda menyusun perbelanjaan supaya ia seiring dengan kemampuan dan situasi kewangan. 

Siapa kata untuk menjadikan sesuatu majlis itu nampak gah dan mewah dan perlu diadakan di hotel?

Sebenarnya, majlis keramaian yang diadakan di rumah juga mampu tampak ‘mewah’ jika kena dengan caranya.

majlis resepsi

Ditubuhkan pada 7 Julai 2005, dengan pengalaman hampir 14 tahun dalam pelbagai pengurusan acara, AFK Event merupakan solusi terbaik dalam mengadakan sebarang majlis berbentuk peribadi atau terbuka.

Atas kepakaran yang ada, kesemua permintaan pelanggan ditunaikan dengan sebaiknya.

khemah muraH

Terdapat beberapa jenis kanopi yang perlu anda tahu supaya ia menepati kesesuaian majlis anda. Dalam masa yang sama, ia juga akan membantu anda untuk menjimatkan kos perbelanjaan.

AFK Event menawarkan beberapa jenis kanopi, antara yang sering menjadi pilihan adalah jenis Arabian, Marquee Tent, Pyramid dan A-Shape, Patio dan Transparent.

  1. Jenis Arabian

Menggunakan kanvas dengan pelbagai pilihan warna yang diimport khas dari Korea, kanopi Arabian dibuat dengan mengikut acuan yang tepat pada setiap bahagian.

Kebiasaannya, ia mempunyai dua pilihan rangka iaitu yang bersalut cat (silver) dan bersalut galvani menjadikan ia tahan karat.  

Khemah 2 dalam 1 yang ia boleh ditukar kepada kanopi berbentuk piramid dengan hanya menukar kanvas dan besi sudut. 

  1. Jenis Pyramid

Asasnya sama seperti Arabian dengan material kanvas dan acuan yang sama serta pilihan rangka yang serupa.

  1. Marquee Tent

Kanopi jenis ini merupakan khemah bersaiz besar. Ia diperbuat daripada rangka aluminium dan kanvas yang sangat berkualiti tinggi 1100D(Blockout) dengan ketebalan 0.8mm.

Ini menjadikan Marquee Tent sebagai khemah pilihan ramai orang kerana pengendaliannya yang mudah, apatah lagi mampu memuatkan jumlah tetamu yang besar di bawah satu khemah.

  1. A-Shape

Khemah berbentuk A yang diperbuat mengikut acuan yang tepat pada setiap bahagian.

Ia juga menggunakan material kanvas yang diimport dari Korea dengan beberapa pilihan warna. Mudah untuk dipasang.

  1. Patio

Kanopi jenis ini pula sesuai bagi majlis keramaian dalam gaya santai. Saiznya lebih kecil berbanding kanopi-kanopi yang lain.

  1. Jenis Transparent

Ada juga yang gemar mengadakan majlis keramaian pada waktu malam, maka pemilihan canopy perlu disesuaikan dengan persekitaran dan paling penting, pencahayaan.

Bagi mereka yang mahu sebuah majlis di sebelah malam yang tanpak mewah, pemilihan kanopi transparent adalah paling bersesuaian.

Kanopi juga datang dalam beberapa saiz yang berbeza, iaitu :

  • 10 kaki x 10 kaki
  • 10 kaki x 18 kaki
  • 10 kaki x 20 kaki
  • 20 kaki x 20 kaki
  • 5 meter x 10 meter (untuk Marquee Tent)

pakej kanopi afkanopi

Dalam pakej kanopi yang ditawarkan AFK Event, beberapa aksesori dan kelengkapan asas juga termasuk dalam sebut harga yang sama.

Ia termasuklah meja bulat bersama alas meja, kerusi plastik atau chiavari bersama sarung dan riben, scallop, lampu chandeliar, kipas dan lampu.

Kebiasaannya pihak AFK Event akan membantu pelanggan semasa sesi konsultasi bagi menentukan saiz canopy yang bersesuaian dengan jumlah tetamu majlis dan dalam masa sama akan menjimatkan kos. 

AFK Event menawarkan pakej kanopi yang berbaloi, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa.

Dengan variasi kanopi yang sering menjadi pilihan ramai, syarikat ini menawarkan harga pakej kanopi dengan permulaan RM350 sehingga RM2,800 setiap satu khemah beserta peralatan-peralatan asas.

Dengan pengalaman mengendalikan lebih 2,000 majlis keramaian, AFK Event turut menjadi pilihan orang-orang kenamaan dan selebriti popular. Bahkan, hasil kerja syarikat ini juga mencapai 99% kehendak pelanggan mereka.

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan rundingan majlis secara percuma dalam memastikan kehendak pelanggan diutamakan, sama ada semasa dan selepas sesuatu majlis berlangsung.

Dalam membantu pelanggan mendapat gambaran keseluruhan sesuatu majlis, AFK Event juga menyediakan lakaran awal (3D) semasa proses konsultasi. Inovasi baru dari syarikat ini bertujuan mengelakkan salah faham.

Bukan itu sahaja, mereka juga terbuka dengan kelainan konsep yang mahu dibawa oleh pelanggan. Selain perkhidmatan kanopi/khemah, syarikat ini juga turut mempunyai perkhidmatan katering, pakej dewan dan sewa barangan keperluan majlis.

Sekiranya anda sedang mencari perkhidmatan sewa kanopi dengan pelbagai pakej menarik, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai AFK Event di Facebook AFKanopi, atau Whatsapp di talian 019-3440144 atau 017-2125813.

Anda juga boleh datang terus ke ibu pejabat AFK Event yang terletak di No. 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40150, Shah Alam, Selangor.

Dengan objektif syarikat ‘Majlis Anda, Keutamaan Kami’, semestinya perkhidmatan dari AFK Event membuatkan anda benar-benar berpuas hati.

Klik Sini Untuk Mendapatkan Sebut Harga Khemah Kanopi

By | 2019-09-08T07:50:02+08:00 April 24th, 2019|Khemah|
WhatsApp chat