Tip Untuk Dapat Sewa Kanopi Murah

Majlis perkahwinan tak lama lagi dan anda masih sedang mencari servis kanopi murah?

Sekiranya anda nak mendapatkan sewa kanopi murah untuk majlis anda, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat.

kanopi murah

Tidak sah rasanya sebarang majlis diadakan tanpa adanya khemah atau kanopi, lebih-lebih lagi jika majlis berkenaan diadakan di rumah.

Sama ada untuk majlis perkahwinan, rumah terbuka atau jamuan makan, khemah kanopi menjadi ruang untuk tetamu menikmati juadah majlis.

Untuk anda yang bakal berkahwin, memang banyak perkara yang perlu difikir dan diuruskan, termasuklah penyediaan khemah.

Memikirkan keperluan ini, ramai pengusaha kanopi dan khemah menawarkan pakej kanopi murah yang bersesuaian dengan bajet dan keinginan pelanggan.

Mengapa Perlu Sewa Khemah Kanopi?

kanopi murah

Untuk majlis perkahwinan, khemah disifatkan sebagai salah satu keperluan dalam checklist yang penting.

Pertama, khemah akan menempatkan para tetamu yang hadir ke majlis itu nanti.

Dengan ruang yang besar dilengkapi dengan kerusi dan meja, ia akan memberikan keselesaan kepada mereka.

Berbanding ruang di rumah yang amat terhad, ini akan menyukarkan para tetamu sekiranya jumlah jemputan yang agak ramai.

Kedua, jika majlis diadakan di rumah, khemah menjadi tempat untuk pasangan pengantin mengadakan sesi makan beradab.

Malah ia juga memudahkan para tetamu melihat pasangan pengantin dan mengambil gambar.

Ketiga, khemah juga penting untuk tuan rumah meletakkan hidangan makanan buffet untuk para tetamu.

Kebiasaannya ada dua atau tiga tempat dikhaskan untuk mengambil makanan.

Ia juga menyediakan ruang khas untuk menempatkan hadiah pemberian daripada jemputan majlis.

Tips Penting Untuk Memilih Kanopi

Ada beberapa jenis khemah yang ditawarkan oleh pengusaha khemah dan kanopi di Malaysia.

Bagaimanapun pemilihan khemah perlu dilakukan mengikut kesesuaian majlis.

Kami kongsikan lima kriteria penting untuk memilih khemah.

1. Jenis Khemah

jenis khemah kanopi murah

Ramai pengusaha khemah hari ini menawarkan pelbagai pilihan khemah untuk kesesuaian majlis.

Antara yang sering menjadi pilihan adalah:

– Khemah Kanopi

– Khemah Pyramid

– Khemah Arabian

– Khemah Marquee

– Khemah A-Shape

2. Ukuran Khemah

Antara pilihan saiz khemah seperti berikut:

10 kaki x 10 kaki
10 kaki x 18 kaki
10 kaki x 20 kaki
18 kaki x 18 kaki
20 kaki x 20 kaki

3. Kelengkapan Khemah

Khemah kanopi biasanya didatangkan dengan pakej yang dilengkapi dengan aksesori dan keperluan untuk pengantin dan tetamu sepanjang majlis.

Untuk khemah pengantin, kelengkapan tersebut termasuklah:

– meja dan kerusi untuk sesi makan beradab

– lampu chandelier atau LED fairy light

– air cooler

– bunga hiasan

– sarung meja dan kerusi

– serta scallop.

Pakej khemah bagi tetamu pula adalah:

– meja dan kerusi

– kipas air

– kipas syiling dan

– hiasan meja.

4. Jumlah Khemah

khemah kanopi

Tak tahu bagaimana nak tentukan jumlah khemah yang perlu diambil?

Ini formula mudah untuk menentukannya:

Jumlah jemputan yang dijangkakan
______________________________________ = Jumlah khemah
4 jam

Jumlah yang diperolehi akan dibahagi dengan 40, yang mana seunit khemah kebiasaannya boleh memuatkan seramai 40 orang pada satu-satu masa.

Jumlah terakhir yang diperolehi itu merupakan anggaran minimum unit khemah yang diperlukan untuk memuatkan jemputan.

Adalah dinasihatkan untuk menambah dua lagi khemah kanopi untuk meletakkan makanan buffet dan meja hadiah.

Harga Sewa Kanopi

Harga dan pakej sewa kanopi biasanya bergantung kepada jenis khemah yang dipilih.

Pakej lebih menjimatkan berbanding mengambil harga seunit.

Secara umumnya, harga dan pakej sewa kanopi bermula dari RM400 sehingga RM3,000.

afkanopi

Sekiranya anda sedang mencari khemah kanopi murah dengan pakej mampu milik, dapatkannya di AFK Event.

Syarikat ini berpengalaman selama 15 tahun dalam pengurusan acara dan menyediakan perkhidmatan khemah untuk majlis.

Mereka kini mula menguruskan pelbagai klien di Negeri Sembilan.

Bakal raja sehari boleh bertemu dengan mereka untuk sesi konsultasi.

Anda akan mendapat lakaran awal (3D) untuk memudahkan anda mendapat gambaran awal perancangan event anda.

Pakej yang ditawarkan AFK Event amat berbaloi.

Pakej khemah kanopi murah ini bermula dari harga RM350 sehingga RM2,800 setiap satu.

By | 2020-01-30T12:13:50+08:00 January 30th, 2020|Khemah|
WhatsApp chat