Jenis-Jenis Khemah Kanopi Yang Anda Perlu Tahu

Ramai yang masih keliru untuk memilih khemah kanopi yang bersesuaian dalam mengadakan sesuatu majlis.

Selain perlu mengambil kira soal bajet, memilih khemah juga perlu melihat faktor jumlah tetamu dan tema majlis tersebut, lebih-lebih lagi jika mengadakan majlis perkahwinan.

Jangan risau, artikel ini mengupas lebih lanjut pilihan khemah canopy yang anda perlu tahu.

Ada yang menganggap sesebuah majlis perkahwinan akan nampak gah jika ia diadakan di dewan hotel.

Malah ada yang sanggup berbelanja lebih sehingga berhutang semata-mata untuk mengikut trend.

Tak salah jika mampu, namun mengapa harus memaksa diri jika kemampuan anda tidak sepadan dengan keinginan?

Ingat, majlis perkahwinan anda masih mampu tampak mewah walaupun menggunakan khemah kahwin yang diadakan di kawasan rumah anda atau dewan biasa,

Yang penting, rancang perbelanjaan anda sebaik-baiknya sejak dari awal.

Pelbagai Jenis Khemah Kanopi

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, khemah kanopi pada hari ini semakin cantik dan mengikut trend semasa.

Bahkan rekaan terkini itulah membantu sesebuah majlis tampak lebih eksklusif dan mahal.

Kami senaraikan lima (5) jenis khemah kanopi yang semakin mendapat tempat di kalangan tuan rumah majlis perkahwinan.

1.Marquee Tent

jenis khemah kanopi marquee tent

Khemah kanopi ini boleh dihias sehingga menampakkan majlis kahwin anda seperti diadakan di hotel lima bintang.

Pengusaha khemah juga memaklumkan marquee tent sering menjadi pilihan untuk kegunaan majlis perkahwinan anak-anak VIP dan majlis anjuran kerajaan negeri.

Penggunaan khemah ini sangat sesuai untuk menempatkan bilangan tetamu majlis yang ramai.

Cuma anda memerlukan ruang tanah yang luas untuk mendirikan khemah kanopi ini.

Namun hati-hati, disebabkan struktur khemah yang tinggi, tetamu mungkin terkena tempias hujan walaupun duduk di dalam khemah tersebut.

2. Marquee Tent dan Kerusi Chiavari

jenis khemah kanopi

Penggunaan kerusi Chiavari akan menyuntik lagi elemen mewah majlis perkahwinan anda meskipun dengan menggunakan kanopi.

Dianggarkan harga seunit kerusi Chiavari ini di antara RM12 hingga RM15.

Jika anda mampu, anda boleh menggunakan kerusi Chiavari untuk kesemua tetamu anda.

Untuk lebih jimat, gunakan sahaja kerusi ini untuk bahagian VIP dan ahli keluarga terapat.

3. Tranparent Marquee Tent dan Kerusi Chiavari

jenis khemah kanopi transparent marquee tent

Hari ini ramai pasangan raja sehari memilih mengadakan majlis pernikahan mereka di waktu malam.

Untuk menaikkan lagi mood romantik majlis, apa kata anda pilih khemah kanopi dari jenis lutsinar dan dibantu dengan penggunaan warna lampu tertentu.

4. Khemah Arabian dan Kain Lelangit

Khemah Arabian juga menjadi pilihan ramai pelanggan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Boleh dikatakan kesemua pengusaha khemah canopy pasti mempunyai khemah dari jenis ini.

Harganya juga lebih murah berbanding khemah kanopi yang lain jika diambil secara pakej lengkap beserta kelengkapan yang lain.

5.Khemah Arabian Transparent dan Kerusi Chiavari

Sama seperti nombor (3), jika anda memilih mengadakan majlis perkahwinan pada waktu malam, penggunaan khemah transparent pastinya pilihan yang tepat.

Para tetamu yang hadir di majlis anda pastinya tak lekang memandang keindahan langit yang dibantu dengan cahaya lampu malam yang romantik sambil menikmati hidangan.

Sewa Pakej Khemah Kanopi Dengan AFK Event

Jika anda sedang mencari pakej mampu milik bersesuaian dengan bajet anda, AFK Event adalah jawapannya.

Mereka mempunyai pengalaman berbelas tahun dalam pengurusan majlis dan acara selain turut menjadi pilihan golongan VIP dan selebriti.

Harga pakej sewa khemah kanopi di sini bermula dari harga RM280 hingga RM2,800 mengikut pakej, kelengkapannya dan bilangan tetamu.

Sesi konsultasi dilakukan secara percuma dan pelanggan akan diberikan lakaran awal (3D) untuk memudahkan mereka mendapat gambaran tentang perjalanan majlis.

By | 2020-03-02T15:26:45+08:00 February 29th, 2020|Uncategorized|
WhatsApp chat