Harga Khemah Kahwin Dan Kanopi Terkini (Update 2020)

Adakah anda sedang survey harga khemah kahwin untuk majlis anda?

Sekiranya anda ingin mengetahui harga khemah kahwin yang terbaik untuk anda, AF Kanopi menawarkan pakej-pakej kanopi dan khemah kahwin yang memenuhi citarasa anda.

Ketahui lebih lanjut di sini.

Mengendalikan sebuah majlis perkahwinan bukan suatu kerja yang mudah.

Ia perlu dirancang dari awal untuk mengelakkan bakal pengantin, keluarga dan pihak yang terlibat menjadi kelam-kabut.

Begitu juga hal-hal berkaitan dengan majlis, perlu ada satu checklist yang panjang supaya tidak ada yang tertinggal.

Selain mencari barang hantaran, baju pengantin dan catering, hal khemah dan kanopi juga adalah penting untuk majlis perkahwinan.

Lebih-lebih lagi jika majlis anda diadakan di rumah yang memerlukan ruangan yang sesuai untuk menempatkan para tetamu, hidangan makanan dan meja makan beradap.

Harga Jenis Khemah

Hari ini ramai pengusaha khemah menawarkan pelbagai pilihan khemah mengikut trend semasa dan kesesuaian bajet pelanggan.

Kebiasaannya setiap pakej didatangkan dengan 4 unit khemah, 40 unit kerusi, underlayer, lampu chandelier, sheer dan kipas stand.

Pakej harga khemah kahwin bermula dari RM280 hingga RM3,000 bergantung kepada jenis khemah.

Di AF Kanopi, sebuah syarikat khidmat sewa khemah dan kanopi yang semakin terkenal menawarkan 15 pakej harga khemah kahwin yang mampu milik, mengikut bajet pelanggan.

Terdapat lima (5) jenis khemah yang ditawarkan:

1. Khemah Kanopi

2. Khemah Pyramid

3. A-Shape

4. Marquee Tent

5. Khemah Arabian

Pakej Khemah

Bagi pakej khemah pula, terdapat dua pilihan yang ditawarkan bergantung kepada jumlah tetamu yang pelanggan tetapkan untuk sesebuah majlis.

Untuk pakej khemah seramai 500 pax, terdapat 7 pilihan ditawarkan:

1. Pakej Gold

2. Pakej Diamond

3. Pakej Platinum

4. Pakej Multicolor

5. Pakej Kanopi Mini Love

6. Pakej Diamond Transparent

7. Pakej Transparent Platinum

Setiap pakej akan dilengkapi dengan 6 unit khemah Arabian, meja bulat beserta alas (14 unit), kerusi plastik beserta sarung (140 unit), meja buffet beserta alas dan skirting (2 set), set makan beradap (10 pax), scallop, lampu dan kipas, kipas industri (2 unit), underlayer (2 set), lampu chandelier (2 set), platform dan karpet, kanvas sidewall bersama percuma meja kek dan meja hadiah.

Harga pakej khemah bermula dari RM3,350 sehingga RM8,300.

Untuk pakej khemah seramai 1,000 pax, terdapat 7 pilihan ditawarkan:

1. Pakej Gold

2. Pakej Diamond

3. Pakej Platinum

4. Pakej Multicolor

5. Pakej Kanopi Mini Love

6. Pakej Diamond Transparent

7. Pakej Transparent Platinum

Setiap pakej akan dilengkapi dengan 8 unit khemah Arabian, meja bulat beserta alas (22 unit), kerusi plastik beserta sarung (220 unit), meja buffet beserta alas dan skirting (2 set), set makan beradap (10 pax), scallop, lampu dan kipas, kipas industri (2 unit), underlayer (2 set), lampu chandelier (2 set), platform dan karpet, kanvas sidewall bersama percuma meja kek dan meja hadiah.

Harga pakej khemah bermula dari RM4,110 sehingga RM9,880.

Pakej Khemah Katering

Bukan sahaja pakej khemah, AF Kanopi juga turut menawarkan pakej khemah bersama katering.

Pakej ini memudahkan pelanggan yang mungkin tidak mahu mencari katering dari pihak luar.

Untuk jemputan seramai 500 pax, harga pakej bermula dari RM29.90 hingga RM34.90 seorang.

Manakala bagi jemputan seramai 1,000 pax, harga pakej bermula dari RM19.90 hingga RM29.90.

Lain-lain (Pakej Dewan dan Sewa Keperluan Majlis)

AF Kanopi turut menyediakan pakej dewan dan sewa keperluan majlis sekiranya anda sedang mencari tambahan keperluan dan alatan untuk majlis perkahwinan anda.

Terdapat empat pilihan untuk pakej dewan.

Harga pakej bermula dari RM70 hingga RM120.

Manakala sewa keperluan majlis antaranya adalah kipas air, kipas industri, air cooler, genset, karpet merah dan pentas.

Seperti yang dinyatakan dari awal, AF Kanopi menawarkan pakej harga khemah kahwin mengikut kesesuaian bajet pelanggan.

Mereka mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam pengurusan majlis dan acara.

Bakal raja sehari boleh bertemu dengan mereka untuk sesi konsultasi.

Anda akan mendapat lakaran awal (3D) untuk memudahkan anda mendapat gambaran awal perancangan event anda.

Pakej yang ditawarkan AFK Event amat berbaloi. Pakej khemah kanopi bermula dari harga RM350 sehingga RM2,800 setiap satu.

By | 2020-03-02T14:48:29+08:00 February 29th, 2020|Khemah|
WhatsApp chat