fbpx

Hantaran Kahwin: Dah Ada Senarai Lengkap Ni?

Tanyalah mereka yang berpengalaman, ramai yang setuju hantaran kahwin adalah perkara yang perlu dirancang awal.

Perancangan untuk berkahwin perlu dimulakan awal. Selain menempah dewan, menghadiri kursus kahwin dan menempah kad jemputan, menyediakan hantaran kahwin juga adalah penting.

Tak kurang ada yang menganggap ia perkara mudah – hanya beli apa barangan yang dimahukan pasangan.

Setiap pasangan mahu perkahwinan yang dirancang bersama insan tersayang berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Maka tidak ada salahnya jika anda mengurus dan menyediakan kelengkapan perkahwinan dengan sebaiknya. Anda sendiri merasa puas hati!

Di sini kami kongsikan 8 tips penting dalam menyediakan barangan hantaran perkahwinan, baik untuk belah lelaki dan perempuan.

  • Bajet setiap barang hantaran

Perlu ingat, ada banyak perkara dalam mengadakan majlis kahwin yang menggunakan bajet yang besar, maka seboleh-bolehnya elakkan pembaziran dalam menyediakan hantaran kahwin.

Bajet untuk hantaran kahwin perlu mengambil kira barangan yang akan dibeli, jumlah dulang hantaran dan upah menggubah dulang.

  • Jumlah dulang

Bilangan dulang hantaran mengikut adat Melayu biasanya dalam angka ganjil.

Contohnya jika pengantin perempuan mahu memberi tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki, maka jumlah balasan hantaran kepada pengantin perempuan adalah lima dulang.

Jangan pentingkan jumlah dulang hantaran kahwin atau termakan dengan cakap-cakap orang.

Anda yang tentukan bajet anda dan berbincanglah dengan pasangan untuk mengelakkan pembaziran.

  • Warna tema dan konsep majlis

Tentukan warna tema dan konsep majlis terlebih dahulu sebelum memilih warna gubahan bunga untuk dulang hantaran.

Misalnya, jika anda memilih konsep tradisional Melayu, pastikan warna yang bersesuaian seperti emas diraja, maroon atau ungu manggis.

Hiasan dulang hantaran kahwin pula perlu ada bunga pahar, bunga telur dan tepak sirih.

Jika anda menginginkan konsep Inggeris, pilih warna pastel dan tona lembut seperti putih, merah jambu atau baby blue. Untuk hiasan dulang hantaran pula, sesuai digayakan dengan hiasan lace dan bunga segar.

  • Senarai barang hantaran

Tentukan barangan hantaran lelaki dan perempuan terlebih dahulu sebelum anda keluar membeli.

Ini supaya anda tidak membazir masa dan mengubah fikiran di saat-saat sedang mencari barang hantaran.

Ia juga dapat membantu anda kekal dalam bajet membeli barang hantaran seperti yang ditetapkan dari awal.

  • Membeli barangan hantaran bersama-sama

Tahukah anda, dengan mencari dan membeli bersama-sama pasangan akan mempercepatkan lagi proses pembelian barangan hantaran perkahwinan.

Bayangkan, jika anda pergi membeli secara berasingan, ini akan menyukarkan lagi proses pembelian kerana akan mengambil masa yang panjang.

Pasangan anda mungkin tidak bersetuju dengan barangan yang dipilih. Tak pasal-pasal kena pergi masuk mall semula untuk tukar barang.

  • Waktu pembelian

Kebiasannya, ramai yang akan menunggu Year End Sales (YES) atau promosi perayaan untuk membeli-belah kerana banyak tawaran diskaun yang menarik.

Pilih waktu dengan bijak supaya dalam masa yang sama anda juga dapat berjimat.

  • Sesuaikan barang hantaran dengan konsep gubahan dan saiz dulang

Pastikan barangan hantaran kahwin yang dibeli itu bersesuaian dengan konsep gubahan dan saiz dulang yang dipilih itu.

Takut-takut jika saiz barangan terlalu besar atau terlampau kecil, nampak tidak cantik pula apabila digubah di atas dulang.

  • Upah gubah dulang hantaran

Jika anda seorang yang kreatif dan boleh menggubah dulang hantaran kahwin dengan sendiri, maka bajet tambahan untuk mengupah boleh dikurangkan.

Rajin-rajinlah survey khidmat menggubah barangan hantaran supaya anda mendapat harga pakej bersesuaian dan berpatutan.

Lebih elok sekiranya si penggubah boleh menggubah hantaran kahwin bagi kedua-dua pihak pengantin perempuan dan lelaki supaya dapat mengurangkan kos upah.

Baiklah, tips menyediakan hantaran kahwin telah kami kongsikan. Di bawah kami kongsikan pula contoh senarai barangan hantaran kahwin yang simple sebagai rujukan anda.

Contoh hantaran kahwin dari pengantin perempuan kepada pengantin lelaki:

hantaran kahwin

  • Sirih junjung
  • Al-Quran dan sejadah
  • Sepersalinan pakaian seperti kemeja dan seluar
  • Tali pinggang dan beg duit
  • Barangan elektronik seperti telefon bimbit atau set play station
  • Jam tangan
  • Barangan peribadi seperti set minyak wangi atau barangan mandi
  • Kasut
  • Manisan seperti buah-buahan, coklat atau kek

Contoh hantaran kahwin dari pengantin lelaki kepada pengantin perempuan:

hantaran kahwin
  • Duit hantaran atau mas kahwin
  • Set barang kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran dan Sejadah
  • Barangan peribadi seperti set minyak wangi atau make up
  • Telekung
  • Beg tangan atau kasut
  • Jam tangan
  • Manisan seperti buan-buahan, coklat atau kek

Utamakan yang penting sahaja!

Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga berbelanja lebih dari apa yang semampunya.

Belilah apa yang dimahukan pasangan asalkan ia masih di dalam bajet perbelanjaan barang hantaran kahwin anda.

Jangan sampai bergolok-gadai demi mahu menunjuk-nunjuk barangan hantaran yang mahal dan berjenama selain mengadakan majlis kahwin di hotel-hotel mewah.

Apa yang penting adalah kehidupan selepas perkahwinan kerana di situlah permulaan dalam anda menguruskan banyak perkara termasuklah ekonomi keluarga.

Sekiranya anda bakal berkahwin dan masih mencari khidmat sewa kanopi dengan harga mampu milik, anda boleh mendapatkan pakej menarik di AFK Event.

Dengan pengalaman hampir 15 tahun dalam pengurusan acara, AFK Event sentiasa memastikan kehendak pelanggan dicapai dengan sebaik-baiknya.

Jika berminat, boleh hubungi AFK Event atau kunjungi pejabat mereka di No.15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40151, Shah Alam, Selangor untuk mendapatkan khidmat rundingan secara percuma dan lakaran reka bentuk majlis 3D juga secara percuma!

Dapatkan sebut harga untuk khemah kanopi anda di sini.

By | 2019-07-12T02:24:05+00:00 June 18th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat