25 Idea Kreatif Doorgift Kahwin Untuk Tetamu Majlis Perkahwinan

Perasan tak ketika anda nak pulang daripada majlis perkahwinan, anda akan dihadiahkan doorgift kahwin oleh tuan rumah?

Dah jadi trending orang kahwin sekarang ni. Mesti kena berikan doorgift kahwin kepada tetamu.

Kalau anda masih belum idea untuk buat doorgift yang cantik dan unik untuk majlis kahwin anda, kami bakal kongsikan 25 idea-idea menarik yang anda boleh cuba.

Merancang sebuah majlis perkahwinan bukan suatu urusan yang mudah. Banyak perkara yang perlu diambil kira.

Ini termasuk hal berkenaan dokumen pernikahan, catering, pelamin, baju akad nikah dan sanding, menyediakan barangan hantaran dan doorgift perkahwinan.

Sekiranya berkemampuan, ada yang melantik wedding planner untuk menguruskan pelbagai hal berkaitan majlis perkahwinan.

Namun jika sebaliknya, anda perlu merancang menguruskan hal-hal seperti di atas sejak lebih awal, dengan menyediakan senarai-senarai penting.

Pemberian cenderahati, atau doorgift pada hari ini seolah-olah menjadi budaya dalam setiap majlis perkahwinan, tidak kiralah di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India.

Sama ada kecil atau besar, pemberian doorgift majlis kahwin dianggap sebagai tanda ingatan dan terima kasih dari tuan rumah kepada tetamu yang sama-sama meraikan pasangan pengantin.

Majlis perkahwinan bakal berlangsung tidak lama lagi dan anda masih buntu memikirkan apakah doorgift yang patut diberi?

Di bawah kami senaraikan 25 idea menarik dan segar yang boleh dijadikan sebagai tanda ingatan kepada tetamu majlis anda.

1. Telur

Antara doorgift kahwin yang sentiasa mendapat tempat di kalangan pengantin kerana sifatnya tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Kalau dahulu telur diletakkan di dalam bekas kotak atau kain net, kini anda boleh memberi nafas baru dalam pemberian doorgift ini dengan meletakkannya dalam bekas kaca yang cantik.

Bekas kaca itu pula pasti akan disimpan oleh tetamu sebagai kenangan.


2. Custom Made Coklat Bar 

Siapa tidak sukakan coklat, kan?

Jika anda bercadang untuk memberikan coklat bar sebagai doorgift kahwin, labelkan nama anda dan pasangan pada kertas pembalut bersama rekaan yang cantik.


3.Air mineral

air mineral doorgift kahwin

Ada juga yang memilih memberikan sebotol air mineral dalam saiz kecil untuk mudah dipegang.

Ia lebih menjimatkan dan anda hanya perlu melabelkan nama pengantin sahaja pada pembalutnya.

4. Yassin

Antara doorgift kahwin yang bermanfaat kepada tetamu yang hadir, terutama kepada yang beragama Islam.

Selain itu, anda juga akan mendapat pahala berpanjangan jika tetamu sentiasa membaca Yassin yang diberikan itu.

5. Tasbih

Kebiasaannya diberikan bersama Yassin. Ada yang akan meletakkan kedua-dua barangan ini di dalam kotak atau beg mini.

6. Metal Straws

Memandangkan kini banyak restoran dan kafe tidak lagi menyediakan straw plastik demi menjaga alam sekitar, apa kata anda ambil peluang ini untuk memberikan straw besi kepada tetamu majlis?

Berikan satu set straw besi bersama berus yang disimpan di dalam kain kanvas. Ini menjadikan pemberian anda amat lain dari yang lain.

7. Pokok atau kaktus mini

Amat sesuai jika konsep perkahwinan anda adalah outdoor atau moden.

Doorgift seperti ini pastinya akan digunakan tetamu sebagai hiasan di rumah mereka.

8. Lilin wangi

Sama ada bersaiz kecil, sederhana atau besar, ataupun dalam pelbagai bentuk unik, doorgift scented candle juga antara menjadi kegemaran kerana boleh digunakan sebagai wangian aromaterapi di rumah.

9. Madu

Amat comel jika madu diletakkan di dalam botol kecil.

Beli dalam kuantiti yang banyak juga pasti menjimatkan.

10. Bunga rampai

Antara doorgift yang menjadi pilihan ramai pengantin kerana lebih jimat dan mudah.

Gabungan hirisan daun pandan, bunga kemboja, bunga daisi misalnya mampu membangkitkan aroma yang menyegarkan di dalam kereta atau rumah.

11. Muffin atau kek comel

Sekiranya anda pandai membuat kek, apa kata jadikan cupcakes sebagai doorgift kahwin anda?

Hias dengan sedikit icing di atasnya dan letakkan di dalam kotak transparent.

12. Cookies

Kini ramai bakal pengantin memilih memberi cookies kepada tetamu majlis mereka.

Anda boleh meletakkannya sama ada di dalam plastik ziplock atau kotak comel.

13. Sejadah mini

Doorgift kahwin yang pasti memberi manfaat kepada tetamu.

Sejadah mini amat berguna jika dalam perjalanan jauh dengan meletakkan di dalam kereta tanpa ruang yang besar.

14. Macarons

Makanan manis masyarakat Barat yang kini menjadi kegilaan masyarakat Malaysia.

Dengan bentuknya yang comel, ia pasti menjadi tarikan bagi tetamu di majlis anda.

15. Mini Perfume

Antara idea doorgift kahwin yang menjadi kesukaan ramai orang. Pastikan anda memilih bau yang bersifat unisex .

16. Set kutleri

Rasanya jarang pengantin memilih idea ini sebagai doorgift kahwin.

Ada juga yang memberi set pisau kecil atau measurement cup untuk membuat kek. Doorgift sebegini pasti cantik jika didatangkan dalam bekas atau kotak yang cantik.

17. Pouch mini mengkuang dan jerami

Sekiranya anda menetapkan majlis anda berkonsepkan tradisional, idea doorgift kahwin pouch mini mengkuang dan jerami amat bersesuaian.

Ada yang mengisinya dengan telur atau kuih bahulu.

Pemberian sebegini akan digunakan oleh tetamu sebagai hiasan atau menyimpan barangan bersaiz kecil.

18. Set bilik hotel

Ada yang memilih memberi doorgift kahwin sebegini kepada tetamu VIP.

Set mengandungi sabun, syampu dan losyen di dalam saiz botol kecil. Sangat amat menarik diletakkan di dalam kotak atau hiasan kain organza.

19. Fruit Jem

Tetamu pasti menyukainya kerana boleh menyapu jem tersebut pada roti atau biskut.

20. Classic Jar

Jika anda mahu tampilkan sedikit kelainan untuk nampak mewah, anda boleh berikan doorgift kahwin dengan botol sebegini.

21. Kipas tangan

Kalau nak nampak lebih klasik, apa kata beri kipas yang diperbuat dari mengkuang.

Ikat dengan riben kecil dan tag nama pasangan pengantin.

22. Tuala Kecil

Kalau nak tetamu hargai pemberian kita, tak salah rasanya beri tuala yang tidak mudah berbulu jika dibasuh.

Pilih warna menarik dan letakkan di dalam kotak yang cantik.

23. Sabun wangi

Ada yang beranggapan memberi doorgift kahwin daripada makanan akan cepat basi atau rosak.

Anda boleh juga memberi scented soap kepada tetamu yang datang. Kini ada pelbagai bentuk yang menarik dengan pelbagai jenis bauan.

24. Popcorn

Kami pasti ramai yang suka makan popcorn kan?

Lagi best kalau tuan rumah dapat memberi sewa kepada vendor popcorn supaya ia dapat dibuat terus di lokasi majlis. 

25. Mini tepak sirih

Majlis perkahwinan Melayu pasti tidak lengkap tanpa adanya tepak sirih.

Malah ia juga amat sesuai dijadikan sebagai doorgift kahwin, apatah lagi dalam saiz yang kecil.

Kami yakin tetamu pasti menghargai pemberian anda!

Setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan khidmat sewa khemah kanopi, sama ada mengadakan majlis di kawasan rumah yang terhad ruangannya atau menyewa dewan.

Sekiranya anda masih mencari khidmat sewa khemah kanopi, anda boleh mendapatkannya dengan pakej mampu milik di AFK Event.

Lebih menarik, anda juga boleh mendapat diskaun 10% untuk sewaan dua buah khemah sempena Merdeka Sales!

Ditubuhkan pada 7 Julai 2005, dengan pengalaman selama 14 tahun, AFK Event adalah pakar dalam pengurusan acara.

Bakal pengantin boleh bertemu dengan pihak AFK Event menerusi sesi konsultasi bagi berbincang keperluan untuk majlis, selain turut mendapat gambaran lakaran awal (3D).

Pakej yang ditawarkan AFK Event amat berbaloi, bermula dari harga RM350 sehingga RM2,800 setiap satu.


pakej kanopi afkanopi

Berpengalaman mengendalikan lebih 2,000 acara, AFK Event sering menjadi pilihan orang-orang kenamaan dan selebriti popular.

AFK Event juga mempunyai perkhidmatan katering, pakej dewan dan sewa barangan keperluan majlis.

Sebarang pertanyaan mengenai pakej sewa khemah kanopi, anda boleh berhubung dengan pegawai mereka di sini, atau berkunjung ke pejabat mereka:

No 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40151, Shah Alam, Selangor.


By | 2019-09-12T17:03:16+08:00 September 12th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat