Destinasi Bulan Madu Untuk Pengantin Baru

Destinasi Bulan Madu Untuk Pengantin Baru (Pengantin lama pun boleh hehe)

Antara destinasi yang menjadi tumpuan admin:-

 

1.Sailor Rest, Pahang

Suasana yang tenang, penuh dengan kehijauan. Dkt sini kita boleh pilih samada menginap di boathouse, khemah atau chalet (ikut keselesaan masing2). Antara kemudahan yang disediakan playground, dining hall, conference hall, tandas awam serta surau. Kalau nak rasa suasana kampung, boleh pilih tempah ni.

2. Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kalau anda sukakan night life dan tempat yang happening, anda boleh pilih Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan ketenangan dan mahu snorkeling sepanjang hari, anda boleh pergi ke Pulau Perhentian Besar. Aktiviti di sini ialah snorkeling, scuba divingmelawat Kincir Angin D’Lagoon,melihat habitat penyu, dan banyak lagi.

3. Pulau Sibu, Johor

Namanya Pulau Sibu tapi letaknya di Johor. Pulaunya kecil tapi sangat indah. Terletak kira-kira 12 kilometer (km) dari tanah besar, Pulau Sibu dipenuhi dengan hutan hujan yang subur menghijau serta rentangan pantai dengan pasir memutih dan kebiruan air Laut China Selatan yang jernih. Terumbu karang di sini adalah antara yang tercantik di Malaysia, jadi jangan lepaskan peluang untuk snorkeling dan scuba diving di sini.

4. Pulau Redang

Pulau Redang juga tak kurang menariknya. Anda boleh bersantai di tepi pantai, scuba diving, snorkeling, melihat penyu, bermain bola tampar pantai, dan menunggu matahari terbenam. Lokasi yang wajib anda kunjungi ialah Pantai Pasir Panjang, Pantai Telok Kalong, Pantai Teluk Dalam, Pasir Mak Simpan dan Pasir Mak Kepit.

5. Tanah Aina Fahad, Ulu dong, Raub

Destinasi Bulan Madu yang lain dari yang lain dimana pengunjung merasai sendiri kehidupan berada di hutan semula jadi, sambil menikmati kemudahan yang disediakan. Bunyi air sungai yang mengalir, bunyi burung berkicauan dan juga dapat hirup udara segar di sekitar resort dapat dirasai. Eko Resort yang mempunyai 20 khemah penginapan itu mampu memuatkan 150 pengunjung dalam satu masa. Tanah Aina Fuad menyediakan kemudahan bagi aktiviti lasak seperti cabaran ‘flying fox’, mengharungi sungai bersih dengan aktiviti ‘tubing’ menyusun hutan dara yang penuh dengan pelbagai tumbuhan semula jadi melalui program ‘jungle tracking’, melawat kehidupan kampung berdekatan, barbeku, unggu api, dan mandi sungai.

 

Itu sahaja sharing admin utk kalini. Kemana pun anda pergi utk berbulan jangan lupa bawa first aid dan utamakan keselamatan diri dan pasangan ye. Sebelum pergi tu buat survey dulu, buat perancangan bersama pasangan supaya bila tiba di destinasi tak blur, malah dapat pengalaman yang menyeronokkan. Selamat berbulan Madu !

By | 2019-07-12T02:25:57+08:00 February 26th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat