CANOPY TRANSPARENT SESUAI MAJLIS BERINAI

Assalamualaikum, harini saya nak cerita tentang malam berinai,  korang tahu tak pasal Malam berinai? Sebenarnya malam berinai ni perlu ke? Tradisi siapa sebenarnya? Korang rasa tema macam mana yang sesuai? Sekarang memang kebanyakan pengantin akan buat malam berinai ni tau. Untuk korang yang sedang tertanya-tanya pasal malam berinai ni,meh sini admin cerita sikit .Sebenarnya Malam berinai ni merupakan tradisi perkahwinan Melayu tapi makin dilupakan,tapi nowadays memang dah jadi trend dah saya rasa . Cuma berbeza sikit jela dari zaman sekarang ni, zaman dulu malam berinai ni terbahagi kepada dua iaitu berinai kecil dan berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Biasanya cuma ahli keluarga terdekat je yang hadir waktu majlis ni, untuk menghiaskan pengantin perempuan je. Inai akan dihiaskan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.

Malam berinai ni sebenarnya taklah wajib pun sebenarnya, tapi lebih kepada adat. Kalau mampu and rasa nak buat, buatlah. Yelah sekarang pun kos perbelanjaan pun dah lain dari zaman dulu kalau nak dibandingkan dengan zaman sekrang ni. Malam berinai ni, lain tempat lain cara, lain definisi malam berinainya. Tetapi biasanya, waktu malam berinai ni, si pengantin ni akan tukar beberapa baju mengikut daerah masing masing,tapi zaman sekarang satu baju je diorang ni pakai ada juga yang malam berinai ikut tema, contohnya, tema bollywood lah apa lah. Kami di AFKanopi turut menyediakan pelbagai jenis kanopi yang sesuai digunakan untuk malam berinai  mengikut tema anda. Antara contoh khemah ialah, khemah transparent yang sangat sesuai .

Jika ada sebarang pertanyaan boleh click button dibawah

WHATSAPP
By | 2019-01-15T10:08:03+08:00 January 15th, 2019|Uncategorized|
WhatsApp chat