Bersyukur buka pintu rezeki?

“Jika rezeki masih di langit, turunkanlah, Jika di bumi, keluarkanlah, Jika sukar, permudahkanlah, Jika haram, sucikanlah, Jika jauh, dekatkanlah”

Sering di war-warkan doa diatas supaya diamalkan, rezeki masuk laju macam air. Baru-baru ni Pengacara terkenal Neelofa juga berkongsi doa yang beliau amalkan berkenaan rezeki. Selepas tular di media sosial, orang awam di media sosial masing-masing berkongsi doa berkenaan rezeki yang turut mereka amalkan.

Tetapi, ramai yang tak sedar dalam menjalani kehidupan seharian, ramai yang mengeluh dengan keadaan semasa mereka.

Antara faktor yang menyebabkan mereka mengeluh:

  1. Cuaca
  2. Sikap manusia itu sendiri
  3. Beban kerja yang banyak
  4. Terlalu banyak berfikir
  5. Kewangan
  6. Kesihatan
  7. dan banyak lagi

Selepas ini, cuba ya cuba setiap kali kita rasa nak mengeluh kita sebutkan alhamdulillah. Jika kita terasa bantuan yang kita berikan kepada orang lain tidak dihargai sebutkan alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita dah bantu dia.

Ada orang yang berhutang, kata nak bayar tapi tak berbayar? cuba kita ikhlaskan hutang tu selagi kita mampu untuk tampung kos rutin seharian, cepat atau lambat rezeki dua kali ganda/tiga kali ganda atau lebih dari tu kita akan dapat. Mulai harini kita cuba ikhlaskan dan redha dengan apa yang kita lalui baik atau sebaliknya.

Harini kita terasa susah dalam menjalani rutin kehidupan seharian, perlu ingat bahawa ada yang lebih susah dari kita. Belajar bersyukur dan hargai apa yang kita ada sekarang, sebelum kita kehilangan.

Buang rasa mengeluh, belajar mensyukuri.

By | 2019-08-19T04:31:53+08:00 August 19th, 2019|Uncategorized|
WhatsApp chat