fbpx

Checklist Lengkap Aturcara Majlis Perkahwinan

Mengadakan suatu majlis perkahwinan bukan kerja mudah. Samalah juga sibuknya membuat aturcara majlis perkahwinan.

Urusannya amat rumit, lebih-lebih lagi jika tiada pengalaman mengendalikannya sebelum ini. Aturcara majlis perkahwinan yang hanya berlangsung sehari perlu disediakan sekurang-kurangnya enam bulan sebelum majlis.

Jika ada bajet lebih, urusan rumit sebegini boleh diserahkan kepada wedding planner.

Merekalah yang akan uruskan hal sewa hotel atau dewan, catering, jemputan, pelamin, baju pengantin, mak andam, doorgift dan sebagainya.

Bagaimana pula jika kurang berkemampuan?

Mahu tidak mahu, urusan sebegini perlu dilakukan sendiri dan perlu dimulakan awal.

checklist kahwin

Jika anda merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan sendiri, anda boleh buat senarai semak (checklist) keperluan majlis supaya tidak ada perkara yang tertinggal kelak.

Untuk mengelakkan sebarang masalah, bahagikan urusan majlis kepada dua kategori:

Urusan penting di sini bermaksud perkara yang wajib/perlu ada supaya majlis berjalan lancar.

Urusan separuh penting pula merujuk kepada jika perkara tersebut tiada pada majlis, ia tidak akan menjejaskan majlis.

Urusan penting untuk majlis perkahwinan antaranya:

1. Makanan (Catering atau Rewang)

rewang kahwin
katering kahwin

Kebiasannya di setiap majlis perkahwinan, perkhidmatan catering akan menyediakan business card untuk para tetamu.

Simpan business card tersebut, manalah tahu jika kena dengan selera dan bajet, boleh terus deal.

Ada juga yang masih mengamalkan amalan rewang, terutama di kampung-kampung. Ini sedikit sebanyak mampu menjimatkan kos.

2. Hotel, Dewan Atau Khemah

Majlis perkahwinan tidak semestinya diadakan di hotel.

Majlis anda mampu tampak mewah jika kena dengan gayanya, walaupun ia diadakan di dewan atau di rumah dengan menyewa khemah atau kanopi.

Tak usah pening kepala, AFK Event ada pelbagai jenis kanopi dengan pakej yang menarik dan berbaloi.

3. Floor Manager

Pengantin jangan nak buat semua kerja termasuklah pada hari nikah dan sanding.

Begitu juga ibu bapa pengantin.

Serahkan urusan majlis kepada seseorang yang khas untuk menguruskan aturcara majlis.

4. Pengacara Majlis Atau DJ

Jika tiada floor manager, apa kata upah seorang pengacara atau DJ untuk menguruskan aturcara sepanjang majlis?

Cari seseorang yang berpengalaman, seperti saudara mara atau kenalan anda.

5. Persalinan dan Solekan Pengantin

Sekurangnya-kurangnya setiap pasangan pengantin memerlukan tiga persalinan untuk majlis nikah, majlis sanding di belah perempuan dan lelaki.

6. Kad Jemputan

Walaupun kini kad kahwin digital boleh dihantar menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram dan sebagainya, anda masih perlu menjemput tetamu kehormat dengan kad kahwin.

7. Door Gift

Jika bajet kurang mengizinkan, tidak salah untuk anda memberi bunga telur.

Sekurang-kurangnya anda masih mengamalkan tradisi orang Melayu dulu-dulu.

majlis perkahwinan

8. Kursus Nikah, Mas Kahwin dan Hantaran

Jangan lupa daftar kursus awal-awal supaya anda ada sijil kursus nikah.

Sediakan juga untuk Persembahan (sama ada silat, kompang atau gamelan), Candy Buffet, Photo Booth dan Pertukaran Persalinan.

Ia terpulang kepada si pengantin dan keluarga sekiranya mempunyai bajet yang lebih.

Sekecil atau sebesar mana pun bajet perkahwinan anda, diharapkan majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.

Di bawah, kami kongsikan satu contoh aturcara majlis perkahwinan sehari.

Satu untuk majlis nikah di sebelah pagi, manakala majlis sanding di sebelah tengah hari hingga petang.

Aturcara Majlis Perkahwinan

Majlis Akad Nikah

MASA PERKARA
5.30 pagi Pengantin bersiap dan makan pagi
7 – 8.30 pagi Make-up artist siapkan pengantin perempuan
  Ketibaan saudara-mara
  Makan pagi
9.00 pagi Ketibaan rombongan pengantin lelaki
  Kata-kata aluan dari pengerusi atau wakil majlis
  Pengantin perempuan keluar dari bilik
  Khutbah Nikah
  Lafaz Akad Nikah
  Lafaz Taklik
  Upacara Batal Air Sembahyang
10.15 pagi Jamuan Makan dan Sesi Fotografi
10.45 pagi Pengantin bersiap untuk Majlis Sanding

Majlis Persandingan

MASA PERKARA
12.00 tengahari Majlis bermula
Persembahan gamelan atau band
Ketibaan jemputan
1.30 petangKetibaan pasangan pengantin
Berarak ke pintu utama dewan dengan paluan kompang
Pasangan pengantin menganbil tempat duduk di atas pelamin
 1.45 petang Bacaan doa dan selawat
 1.50 petangUpacara persandingan
Menepung tawar
2.00 petangMakan beradab
Persembahan zapin
Persembahan band
 3.15 petangAcara memotong kek kahwin
 3.20 petangUcapan dari ibu bapa pengantin
 3.30 petangSesi bergambar bersama keluarga dan tetamu
 4.30 petangMajlis bersurai
Sesi fotografi pengantin

Aturcara majlis kahwin di atas adalah biasa dilakukan oleh mana-mana pengantin dan keluarga mereka.

AFK Event dapat memenuhi citarasa anda, mengikut kesesuaian dan kelancaran majlis.

Sesi rundingan bersama AFK Event adalah percuma.

Anda boleh membayangkan perjalanan majlis menerusi lakaran 3D oleh artis AFK Event.

Ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelanggan dan mengelakkan salah faham.

Dengan visi, ‘Majlis Anda Keutamaan Kami’, AFK Event merupakan pakar kepada majlis perkahwinan anda.

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai majlis kahwin, boleh hubungi AFK Event di talian  019-344 0144 / 017-2125813.

Anda juga boleh datang ke pejabat AFK Event di No. 15, Jalan Saujana Indah 8, Kompleks SME, Saujana Indah, 40151 Shah Alam, Selangor.

Klik sini untuk mendapatkan sebut harga daripada AF Kanopi

By | 2019-07-22T08:05:17+00:00 April 24th, 2019|Perkahwinan|
WhatsApp chat