3 Perkara Yang Perlu Pengantin Lelaki Bersedia Sebelum Akad Nikah

Perkara yang paling penting dalam sesuatu perkahwinan adalah permulaannya,iaitu Akad Nikah. Akad merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Akad Nikah adalah saat paling digeruni oleh rata-rata lelaki . Jadi , apa yang perlu dibuat untuk memastikan ia berjalan lancar ?

Disini kami kongsikan 3 Perkara yang perlu pengantin lelaki bersedia sebelum akad nikah.

  1. Mengingati Nama Bakal Isteri & Berlatih

Orang kata ini adalah perkara paling senang ! Ingat sahaja nama bakal isteri ,apa yang susah? Tetapi , Hakikatnya pada hari kejadian anda mungkin tiba-tiba terlupa nama sidia ? atau mungkin tersasul ? Jadi , selalu berlatihlah menyebut namanya dan menghafal lafas akad sebagai langkah-langkah bersedia mengelakkan dari sebarang kekeliruan dan lebih teliti.

2. Kawal Perasaan Gemuruh

Perasaan Gemuruh dalam diri tidak dapat dipisahkan . Ianya Normal! tetapi dalam situasi Sang pengantin lelaki ingin melafaskan ” Aku terima Nikahnya……” Ini sangat mendebarkan dan pasti fikiran melayang kerana bimbang lebih menguasai. Jadi cubalah untuk kawal perasaan ini dengan berzikir,doa dan selebihnya tawakal.

3. Kekal Segak Bergaya di hari Ahad Nikah

Aspek kekemasan dalam pemakaian mampu memberi impak dari segi psikologi. Penampilan pengantin lelaki sangat perlu diambil berat kerana dari penampilan yang segak dan berbeza dari orang lain yang hadir ia mampu menambahkan keyakinan , semangat dan sedap mata memandang . Keyakinan dalam berjalan, berkomunikasi sesama tetamu, ia sangat membantu !

Jadi kepada bakal-bakal pengantin pastikan 3 Perkara Yang Perlu Pengantin Lelaki Bersedia Sebelum Akad Nikah ini di praktikkan untuk memudahkan urusan anda .

By | 2019-09-30T14:57:36+08:00 September 30th, 2019|Uncategorized|
WhatsApp chat