13 Jenis Khemah Eksklusif Untuk Majlis Anda

Apakah khemah yang sesuai untuk mengadakan sesuatu majlis?

Pemilihan khemah amat penting terutama majlis perkahwinan. Anda harus tahu bagaimana menyusun belanjawan supaya seiring dengan kemampuan dan situasi kewangan anda.

Majlis perkahwinan tidak semestinya dianggap gah jika dilakukan di dewan-dewan hotel. Majlis anda mampu tampak mewah dan memukau pandangan tetamu dengan konsep khemah atau kanopi.

Salah satu cara menjimatkan kos belanja adalah dengan mengadakan majlis di lokasi sewa rendah. Jika rumah anda mempunyai kawasan atau halaman yang sedikit luas, apa kata lakukan sahaja di rumah.

Ini sedikit sebanyaj mampu menjimatkan belanja. Namun, pastikan juga kos khemah, kerusi meja dan pencahayaan tidak lebih dari pakej sewa dewan lengkap.

AFK Event menyediakan menawarkan pelbagai pakej perkhidmatan sewa kanopi yang terbaik dan menepati kemampuan dan selera anda.

Mereka mempunyai pengalaman selama 10 tahun dan turut menjadi pilihan orang kenamaan dan selebriti. Syarikat ini juga telah merealisasikan hampir 2,200 majlis dan menepati 99% kehendak pelanggannya.

Pakej Khemah

Bermula dengan pakej biasa serendah RM350, AFK Event juga menyediakan pakej Marquee Tent yang berharga RM2,800. Pilihan di tangan anda. Apa yang menarik adalah pakej ini turut didatangkan dengan kelengkapan meja, kerusi, curtain sheer, lampu dan kipas.

khemah buffet

Pakej Kanopi Buffet Biasa bermula dari harga RM350 dilengkapi dengan khemah jenis Arabian dengan saiz 20’x 20’, empat buah meja buffet dan alas skirting, scallop atau sheer dan lampu serta kipas.

Khemah jenis ini sesuai jika anda mahu sediakan makanan kepada para tetamu yang hadir ke majlis.

Untuk Santapan Beradab

khemah makan beradab diamond

Bagi mereka yang mencari Khemah Makan Beradab dengan bajet sekitar RM650, anda boleh mengambil pakej Diamond dengan satu khemah jenis Arabian, satu set meja beradap dan kerusi pengantin dan hiasan berombak pada bahagian tabir.

Pakej ini juga turut didatangi dengan lampu chandelier.

Pakej Kanopi Diamond pula ditawarkan dengan sebuah meja Arabian, empat buah meja bulat 5’ dan 40 buah kerusi plastic, lampu chandelier, kipas dan underlayer dengan harga RM650.

Selain itu, AFK Event turut menawarkan dua lagi pakej khemah untuk tetamu iaitu Kanopi Platinum dengan harga RM850 dan Kanopi Multicolor dengan harga M950. Kedua-dua pakej ini dibezakan dengan underlayer.

khemah platinum

Jika ruang di dalam rumah tidak cukup luas, AFK Event juga mempunyai pakej Kanopi Pelamin (Set Arabian) yang berharga RM750 dan didatangkan dengan beberapa kemudahan asas seperti platform dan karpet bersaiz 16’x 8’, backdrop canvas dan underlayer.

Pakej yang bermula dengan harga RM1,000 dan ke atas pula dimulai dengan Mini Marquee Tent Diamond dengan kelengkapan seperti khemah bersaiz 6m x 5m, empat buah meja bulat 5’, 40 buah kerusi plastic, curtain sheer, underlayer, lampu chandelier, kipas dan centrepiece.

Bagi Mini Marquee Tent Platinum pula, pakej yang berharga RM1,200 ini dibezakan dengan penggunaan kerusi Chiavari yang menampakkan konsep moden dan mewah.

AFK Event menawarkan pakej Marquee Tent Set Diamond dan Marquee Tent Set Platinum dengan masing-masing berharga RM2,600 dan RM2,800.

Kedua-dua pakej ini lengkap dengan khemah bersaiz 10m x 5m, lapan buah meja bulat dengan 80 buah kerusi, underlayer, lampu chandelier, centrepiece dan kipas. Perbezaan antara dua set ini adalah penggunaan kerusi plastik dan Chiavari.

AFK Event juga tidak ketinggalan mengikut trend semasa dalam memenuhi impian dan kehendak pelanggannya, di mana ada sesetengah daripadanya mahu melakukan majlis di waktu malam.

Semestinya khemah yang perlu disediakan perlu menarik dengan dilengkapi pencahayaan terbaik supaya majlis tidak nampak suram.

Pakej Kanopi Platinum Fairylight dengan harga RM1,000 didatangkan dengan sebuah khemah jenis Arabian, empat buah meja makan dengan 40 buah kerusi Chiavari, curtain sheer, lampu chandelier, underlayer, 1,000 fairy light, LED spot light dan kipas industri.

Manakala Pakej Kanopi Transparent Platinum pula berharga RM1,200 dengan kelengkapan yang sama namun dengan dibezakan dengan khemah jenis transparent.

AFK Event ternyata memiliki kesemua pakej yang dihendaki pelanggan dengan harga yang amat berpatutan.

Hal ini diakui sendiri oleh pelanggannya seperti anak kepada Pengasas tudung Fareeda, Mawar Karim dan Pengasas Skylar, Suhaili Mohamad.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej daripada AFK Event, anda boleh melayari laman web kami untuk maklumat lanjut.

By | 2019-07-16T16:59:24+08:00 March 28th, 2019|Khemah|
WhatsApp chat